Saturday, May 24, 2008
Selamat Hari Guru
Semua guru dalam hatiku mempunyai tempat yang istimewa. Mereka yang mendidik kita, mencurah cinta, kasih dan sayang mereka kepada semua pelajar yang dikasihi oleh mereka. Kalau mereka tidak wujud dalam dunia ini, kita semua akan menghadapi banyak masalah dan tidak dapat hidup lagi.
Jasa mereka ini mestilah diingati oleh semua orang. Mereka telah menggadaikan masa mereka demi kebaikan kita. Masa depan kita diiringi oleh mereka dan memberi banyak komen tentang apa-apa yang kita dapat lakukan pada masa depan. Dengan adanya mereka, kehidupan kita hanya dapat dikatakan sempurna.
Tanpa didikan mereka, kita tidak berkomunikasi dengan orang lain. Tanpa didikan mereka, kita tidak dapat mencari makna kehidupan kita. Tanpa didikan mereka, kita tidak lagi dapat hidup dengan bahagia!
Dengan inilah saya mengucapkan Selamat Hari Guru dengan sepenuh ikhlas kepada semua guru yang pernah mendidik saya. Saya tidak pernah melupai didikan dan asuhan kamu semua. Terima kasih. Saya berharap kamu semua akan bahagia dan gembira mengajar semua pelajar kamu~ ^___^
Tuesday, February 26, 2008
Pantun Enam Kerat - E-buku
Duduk malamku di depan pintu,
Duduk perhati hujan yang lebat,
Duduklah aku hingga kesiangan.
E-buku pengganti buku,
Rupa yang cantik fungsinya hebat,
Teknologi moden wahana pendidikan.
Tiap-tiap malam kaulah yang kumimpi,
Tiap-tiap pagi mimpi kau beriku harapan,
Yang kau akan sayangku tanpa berbelah kasih.
E-buku alat pendidikan masa kini,
Terasalah dunia dalam tangan,
Teknologi moden terbuktilah canggih.
Saturday, February 23, 2008
komsas konserto terakhir
Dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain, saya amat mengagumi watak Hilmi. Hilmi seorang pemuda kampung yang miskin dan mendapat pendidkan setakat darjah empat sekolah melayu. Hilmi sebenarnya adalah anak Datuk johari tetapi mereka tidak mengetahuinya. Hilmi dipelihara oleh Pak Karim iaitu suami ibunya diceraikan oleh Datuk Johari. Hilmi seorang yang rajin bekerja. Semasa menjadi tukang kebun di rumah Datuk Johari, dia berkebun sayur, memelihara ayam dan menjaga pokok bunga dengan baik. Tanamannya subur dan ayamnya membiak. Selain itu, Hilmi rajin berusaha belajar muzik dengan Encik Bakar. Dia tidak putus asa walaupun menerima cabaran dan dugaan daripada mak ciknya, Datin Salmah. Hilmi juga seorang yang taat perintah Allah S.W.T. dan sentiasa menunaikan solat. Walaupun sibuk dengan kerjanya dan betapa lewat pun, amalan sembahyang yang kuat disemat dalam pendiriannya tidak pernah ditinggalkan. Hati Hilmi yang ikhlas itu menyababkan dia sentiasa disenangi oleh orang lain. Tauke stesen minyak Jalan Setapak tidak pernah meragui kejujurannya, malah Hilmi disayangi kerana keikhlasan hatinya. Hilmi dikagumi kerana akan sikapnya yang bermoral. Oleh itu, saya amat mengagumi watak Hilmi dalam novel ini.2. Huraikan perwatakan watak yang anda kagumi dan berikan sebabnya. (7 markah)
Komsas konserto terakhir
Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain . Dalam sesebuah cerita, konflik akan berlaku antara watak-watak. Terdapat 2 jenis konflik, iaitu secara dalaman dan secara luaran. Konflik amat penting dalam sesebuah novel kerana ini dapat menarik perhatian pembaca-pembaca. Konflik antara Datin Salmah dengan Hilmi adalah satu contohnya. Datin Salmah amat memandang rendah kepada orang yang tidak berstatus sepertinya. Dia merasakan kehadiran anak saudara suaminya itu dapat membawa banyak runsingan kepadanya. Selain itu, konflik juga akan membawa perkembangan dalam sesebuah novel. Sebagai contoh, Hayati telah menjatuh cinta kepada Hilmi walaupun dia sedang bercinta dengan Mohsin. Hayati sentiasa berasa amat perit apabila abang sepupunya itu dimarahi oleh Datin Salmah. Datin Salmah pula sentiasa membuat dakwaan melulu bahawa anak perempuannya telah dipukau oleh Hilmi. Di samping itu, konflik dalam sesebuah cerita boleh menunjukkan kerunsingan fikiran diri seseorang watak dalam cerita. Konflik ini juga dipanggil sebagai konflik diri. Dalam novel ini, konflik ini dapat dilihat dalam diri Hilmi. Hilmi telah membuat keputusan untuk meninggalkan rumah Datuk Johari dan balik ke Kedah kerana tidak tertahan lagi dengan layanan buruk Datin Salmah. Pada masa yang sama, Hilmi begitu merindui Hayati. Rasa kerinduannya terhadap Hayati semakin memuncak sehingga dia membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan teksi walaupun bas yang dinaikinya sudah sampai di Tanjung Malim. Selain itu, konflik diri dalam sesebuah novel boleh mendapat kasihan daripada pembaca. Konflik yang membelenggui jiwa Datuk Johari dapat mendapat kasihan pembaca oleh sebab keadaan yang dialaminya. Setelah mengetahui rahsia bahawa Hilmi merupakan darah dagingnya sendiri, Datuk Johari amat terkejut dan teringat kepada isteri pertama yang telah ditinggalkan olehnya selepas malam pengantin. Dia bersumpah bahawa dia akan menjaga dan menyayangi Hilmi apabila dia sembuh nanti. Kesimpulannya, konflik amat penting dalam sesebuah novel. 1. Berikan kepentingan plot konflik dalam sesuatu penulisan novel. (8 markah)
Projek hamper 2008
Setiap tahun, sekolah kami akan mengadakan Projek Hamper. Tujuannya adalah untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan. Pada tahun ini, sekolah kami telah menganjurkan projek ini lebih awal, iaitu sebelum Tahun Baru Cina supaya mengelakkan menerima barangan yang "leftover". Beberapa hari sebelum perhimpunan untuk Projek Hamper, kami dikehendaki membalut hamper dalam kelas. Kelas kami, iaitu 5 Bunga Raya telah membalut sekurang-kurangnya 17 hamper. Pada hari Projek Hamper, semua hamper telah diletakkan di Terrace. Kelihatan banyak hamper disusun di situ. Banyak pihak rumah orang tua dan rumah anak yatim telah datang ke sekolah untuk menerima hamper-hamper ini. Sekumpulan kanak-kanak juga datang untuk memberi persembahan yang amat menarik. Selepas itu, beberapa orang pelajar telah menemani cikgu untuk mengedarkan hamper-hamper kepada orang yang memerlukannya. Projek Hamper ini amat berjaya kerana kasih sayang kami telah disampaikan kepada golongan yang kurang nasib.
Thursday, October 18, 2007
Billy Elliot
Watak bersamping dalam filem ini ialah kawan baik Billy, Michael.
Dia merupakan seorang budak yang amat berkeliru. Dalam filem ini, dia memain peranan sebagai seorang budak lelaki tetapi sifat-sifat perempuan amat terserlah dalam dirinya. Wajahnya yang kelihatan seperti wanita lebih menyerlah sifat-sifat perempuannya. Sebagai bukti, dia telah memakai baju perempuan dan juga menyolek.
Walau bagaimanapun, Michael telah banyak membantu Billy dalam kehidupan peritnya. Billy suka menari tarian balet tetapi amat dibantah oleh keluarganya. Dalam keadaan ini, Michael telah menyokong Billy dengan menemaninya menari tarian balet.
Peristiwa-peristiwa yang amat menyentuh hati saya ialah peristiwa bapa Billy menerima hakikat bahawa Billy amat pandai menari. Bapa Billy telah ternampak Billy sedang menari tarian balet dengan Michael. Dia amat marah. Billy terlihat wajah bapanya yang marah tetapi dia tetap menari di hadapan bapanya. Bapanya melihat Billy menari dengan wajah yang amat sukar untuk ditafsir. Akhirnya, dia telah berlari keluar tanpa berkata apa-apa. Billy berasa amat takut dan telah mengikut bapanya. Bapa telah berlari ke rumah guru yang mengajar Billy tarian balet untuk bertanya tentang harga untuk menghantarnya ke London School Of Ballet.
Ini bermakna bahawa bapa Billy telah menerima hakikat bahawa Billy amat pandai menari dan akhrinya menyokong Billy untuk pergi ke sekolah balet untuk belajar balet.
"Agent J"
Jolin Tsai merupakan artis yang sangat popular di Taiwan dan seluruh Asia. Baru-baru ini, dia telah membuat sebuah wayang untuk album terbarunya, iaitu "Agent J". Dalam filem ini, Jolin telah pergi ke Paris, London, dan Bangkok untuk membuat filem ini. Filem ini dibahagikan kepada 3 bahagian.
Dalam bahagian pertama, Jolin telah diculik untuk menjadi eksperimen. Semua ingatannya telah hilang. Saintis yang membuat eksperimen tersebut telah memastikan bahawa Jolin tidak dapat mengingati masa silamnya. Dengan itu, mereka telah memaksanya menjadi "assassin" yang paling kejam. Wajahnya yang kelihatan seperti "angel" ini boleh menyamarkan identitinya. Sebelum Jolin diculik, dia sedang bercinta dengan seorang lelaki Korea, Kim Jae Woon. Selepas Kim mendapati bahawa Jolin telah hilang, dia telah menjadi "guard" kepada seorang lelaki yang terkenal. Apabila Jolin telah membunuh lelaki tersebut, Kim mendapati bahawa perempuan yang membunuhnya ialah kekasihnya. Dia juga mendapati bahawa Jolin tidak mengenalinya. Akhirnya, Jolin diarah untuk membunuh Kim. Jolin membunuh Kim dengan tidak perasaan simpati. Sebelum Kim dibunuh, dia telah merekodkan sepatah dua untuk Jolin. Selepas membunuh Kim, Jolin telah pergi ke rumah Kim. Di situ, dia telah mendapat klu-klu yang menunjukkan masa silamnya. Dia telah menangis apabila dia mendapati dia telah membunuh kekasihnya yang tidak diingati only dirinya sendiri.
Dalam bahagian kedua, Jolin dihantar ke London. Dia menjadi "spy" dalam penjara. Dia digunakan untuk membunuh seorang lelaki yang amat terkenal. Nama orang tersebut tidak diperkenalkan. Setelah Jolin lari keluar dari penjara, dia diburu oleh polis-polis London. Dia melarikan diri sehingga seorang lelaki telah membantunya melarikan diri. Selepas peristiwa tersebut, Jolin mula keluar dengan lelaki tersebut, iaitu Fong De Lun. Fong amat cinta akan Jolin tetapi dia juga merupakan "assassin". Dia telah dipaksa untuk membunuh Jolin oleh lelaki terkenal itu. Selepas beberapa hari, Fong telah mengesan bahawa Jolin akan bunuh lelaki terkenal itu. Jolin juga telah mengetahui Fong mesti membunuhnya. Dia pun meninggalkan Fong untuk menghabiskan pembunuhan tersebut. Pada malam tersebut, Jolin telah menjumpai Fong di sebuah tempat. Mereka mengacukan pistol-pistol mereka pada masing-masing. Fong telah "lower" pistolnya dan memberitahu Jolin untuk membunuhnya. Jolin teringat akan persitiwa-peristiwa yang dialami oleh mereka dan juga "lower" pistolnya. Pada masa itu, lelaki terkenal itu telah membunuh Fong di depan Jolin. Jolin pun membunuh lelaki terkenal itu. Dia menangis apabila melihat Fong terlantar di lantai...
Bahagian ketiga, saya belum habis menonton. Oleh itu, saya tidak dapat mencerita tentang bahagian ketiga. Filem ini amat menarik kerana melihat Jolin yang merupakan "Dancing Diva" berubah kepada "Agent J". Perubahan tersebut amat menarik. Saya berharap kamu juga suka akan filem ini selepas menontonnya. ^__^