Saturday, March 10, 2007

Pertarungan Tuah Dengan Jebat.

Biarlah saya menceritakan sinopsis ringkas tentang prosa traditional ini sebelum saya memberi pendapat saya tentang cerita ini.

Laksamana Hang Tuah telah pergi ke istana untuk menghapuskan Hang Jebat yang menderhaka kepada raja Melaka. Banyak rakyat yang mengikutnya untuk menyaksikan pertarungan mereka berdua.

Setibanya di istana, Hang Tuah telah memanggil Hang Jebat supaya membuka pintu istana. Hang Jebat terkejut dengan kedatangan Hang Tuah. Hang Jebat membuka pintu istana dan mereka berdua bertikam. Mereka terpaksa bertarung di atas talam besar kerana lantai istana itu diradak dari bawah dengan tombak.

Hang Tuah telah merampas keris Taming Sari dari tangan Hang Jebat sebelum dapat menikam Hang Jebat hingga luka. Sebaik sahaja Hang Tuah menikam Hang Jebat, dia terus melompat keluar dari istana itu untuk pulang ke rumah.

Sebelum itu, Hang Jebat berpesan agar Hang Tuah memelihara anak hasil permukahannya dengan Dang Baru. Jika anak itu lelaki, Hang Jebat mahu anak itu dijadikan pegawai anakanda Tun Nadim. Dan sekiranya anak itu perempuan, terpulanglah kepada ibunya.

Itulah sinopsis cerita ini. Sebenarnya, cerita ini tidak menarik perhatian saya. Saya mendapatinya sangat bosan dan sering menceritakan aksi-aksi Hang Tuah dan Hang Jebat saling menikam. Mungkin disebabkan saya menonton banyak aksi kungfu, oleh itu saya berasa aksi-aksi yang ditunjukkan dalam cerita ini tidaklah hebat sangat.

Selepas saya membaca prosa traditional ini, saya dapat berasa kemarahan Hang Jebat terhadap sultan yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Laksamana Hang Tuah tanpa menyiasat. Sikapnya yang hendak menegak keadilan dan ingin menuntut bela ke atas kematian Hang Tuah telah menyebabkannya dianggap menderhaka. Hang Jebat merancang hendak mengamuk di seluruh negeri Melaka. Hang Jebat bertindak demikian atas dasar jika berbuat jahat, biarlah sejahat-jahatnya dengan membunuh tujuh ratus dayang dalam istana itu. Saya tidak bersetuju dengan perbuatan Hang Jebat. Dia seharusnya tahu tentang kekejamannya adalah salah dan harus berhenti membunuh. Saya juga berasa bahawa adalah tidak mungkin seseorang boleh membunuh 700 dayang dalam istana. Kalau hendak membunuh 700 orang, perlu mencari orang untuk membantu. Keadaan ini cuma berlaku dalam movie. Walaupun saya berasa sangat seronok kerana ada orang mati dalam cerita, tetapi 700 orang adalah terlalu banyak. Hendak tengok pun takut kerana darah yang mengalir dari mayat-mayat dayang itu mestilah banyak.

Hang Tuah pula perlu mengetahui bahawa Hang Jebat melakukan semua itu adalah kerana dia menganggap Hang Tuah sebagai kawannya dan tidak hendak melihat kawannya itu mati tanpa sebab yang tertentu. Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Hang Tuah, tetapi bukan membunuh Hang Jebat, tetapi menahannya dan biar dia menghadap sultan.

Saya berpendapat bahawa membantu kawan untuk membalas dendam adalah salah. Tentulah ada cara-cara yang lain untuk menyelesaikan masalah ini. Walaupun kawan anda meninggal dunia akibat dianggap salah walaupun dia tidak bersalah, kamu boleh mencari bukti yang membuktikannya tidak bersalah. Dengan cara ini, barulah kawan anda boleh pergi ke syurga dengan hati yang tenang. Kalau anda membalas dendam dengan cara yang kejam dan zalim, kawan anda tentulah akan "mencari" anda untuk menegur anda. Pengajaran yang saya hendak sampaikan adalah jauhilah perbuatan jahat dan zalim kerana akibatnya amat buruk. Kamu akan berasa kesal jika kamu membuat jahat.

Itu sahajalah pendapat saya. Saya berharap petikan ini tiada banyak kesalahan dari aspek isi, tatabahasa dan ejaan. Terima kasih~

ditulis pada 9:07 PM
0 orang memberi kritikan

- yours truly -

    Ini ialah blog untuk kumpulan k5harmoni!
    Ahli-ahli kumpulan ini ialah:
    Chan Yuen Yeng
    Chua Wei Fen
    Mok Lee Ling
    Toh Pei Wern

    Selamat berkunjung!

Mari bersembang!



remembered

Muzik Hebat