Friday, March 9, 2007
Sambutan Tahun Baru Cina
Saya berada di dalam kereta yang sedang menuju ke kampung saya. Terdapat banyak kereta yang juga menuju ke destinasi mereka masing-masing. Oleh sebab banyak kereta di lebuh raya, kesesakan lalu lintas telah berlaku. Inilah keadaan yang berlaku pada hari sebelum hari pertama Tahun Baru Cina. Apabila sampai di kampung halaman saya, hari sudah tengah hari. Keluarga saya sempat makan tengah hari bersama datuk saya. Datuk saya kelihatan sangat gembira. Beliau selalu berasa gembira apabila anak-anaknya bersama keluarga datang untuk melawatnya.
Pada pukul 4 petang, semua saudara saya sudah sampai. Kami semua amat gembira dan bersembang bersama-sama. Saya dan salah sepupu saya pula bermain guitar. Selepas itu, kami bersedia untuk makan malam di restoran. Makan malam itu boleh dikatakan seperti jamuan. Banyak lauk pauk yang sangat sedap telah dihidangkan. Selepas makan malam, kami pun mula berjudi. Saya tidak berjudi pada malam itu kerana tak ada "mood" untuk berjudi. Pada pukul 12 tengah malam, bunga api mula kelihatan di langit. Kecantikan bunga api telah menarik perhatian semua keluarga di kampung. Semua orang telah keluar dari rumah mereka dan menikmati kecantikan mercun dan bunga api.
Pada keesokan hari, kami telah bangun lewat. Selepas makan pagi, saudara saudari saya mula mengedarkan "angpao" kepada semua kanak-kanak. Berdasarkan tradisi kaum Cina, semua orang yang telah berkahwin perlu memberi angpao kepada saudara yang belum berkahwin. Walau bagaimanpun, tradisi ini adalah tidak sama di Taiwan. Di Taiwan, apabila seseorang telah mula bekerja, dia dianggap boleh berdikari dan perlu beri angpao kepada ibu bapa dan saudara yang lebih kecil daripadanya semasa Tahun Baru Cina. Pada pukul 3 petang, semua sepupu saya telah berkunjung ke rumah "Ah Yi". Di sana, kami mula berjudi. Kami bermain daun terup sahaja kerana sepupu yang lebih kecil dapat bermain bersama kami juga. Kami bermain sehingga pukul 5.30 petang. Pada malam itu, bunga api juga kelihatan di langit.
Pada hari kedua Tahun Baru Cina, saya bersama keluarga pergi mengunjung nenek saya. Oleh sebab nenek saya beragama Kristian dan berasal daripada Melaka, makanan yang dihidangkan adalah makanan nyonya. Pada malam itu, kami pulang ke rumah sendiri. Pada keesokan hari, kami sekeluarga berkunjung ke Ipoh untuk melawat kawan. Dalam perjalanan ke Ipoh, kesesakan lalu lintas begitu teruk. Kami telah menggunakan lebih kurang 5 jam untuk tiba di Ipoh. >.< Di sana, kami mendapati bahawa keadaan di Ipoh amat meriah. Makanan di Ipoh amat terkenal. Oleh itu, saya telah menikmati banyak lauk yang sangat sedap di sana. Antaranya ialah Sar Hor Fan, ikan, dan juga sayur-sayuran yang sangat segar bugar.
Saya berasa amat gembira kerana sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini amat meriah dan seronok. Saya berharap bahawa saya boleh kembali ke masa itu untuk menikmati saat-saat kegembiraan pada minggu itu!!!