Wednesday, May 30, 2007

Minggu Bahasa

Pada minggu bahasa yang lepas, pertandingan drama telah diadakan untuk murid-murid tingkatan empat dan lima. Tingkatan 4 Bunga Raya telah menyertai pertandingan tersebut dengan drama bertajuk Penunggu Pusaka.

Sebenarnya, persediaan untuk drama ini tidak dibuat sehingga seminggu sebelum pertandingan tersebut. Jadi, di belakang pentas, suasana amatlah kelam-kabut. Namun begitu, kami telah berusaha sedaya upaya dengan mengadakan latihan selepas sekolah dan pada waktu lapang di sekolah. Sikap bekerjasama, kerajinan dan tolak ansur dengan satu sama lain dapat dilihat ketika latihan dijalankan. Sarah, director kami telah banyak membantu kami dalam membuat persediaan pentas.

Kami juga mendapat nasihat daripada beberapa guru untuk memperbaiki kelemahan kami. Murid-murid kelas kami telah diberi tugas masing-masing. Ini telah meggambarkan maksud peribahasa bagai aur dengan tebing. Walaupun kami memulakan persediaan lewat, kami berasa amat yakin dengan persediaan kami. Pada hari yang dinanti-nantikan, drama telahpun bermula sebelum giliran kami. Kelas kami tidak diberi nombor untuk pertandingan tersebut. Apabila berita ini diketahui, kami berasa sangat gementar kerana kami telah berusaha bersungguh-sungguh dan usaha kami semua hampir tersia-sia.

Beberapa murid telah berjumpa dengan Pn. Hanim untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas itu, mereka berjumpa dengan pengerusi majlis untuk mendapatkan nombor dalam pertandingan. Ini telah memakan masa selama tiga puluh minit. Apabila mereka berjaya berbuat demikian, kami telah beredar ke Dewan Berjaya. Keadaan di belakang pentas amatlah kelam-kabut. Pelakon-pelakon telah membuat persembahan yang baik. Mereka telah menelaah skrip mereka dengan baik dan tidak gagup ketika berada di atas pentas. Kelas-kelas lain telah mempersembahkan drama mereka dan jelas kelihatan bahawa kami telah menerima pertandingan yang sengit.

Beberapa hari kemudian, guru Bahasa Melayu kami, Pn Hanim telah memberitahu kami bahawa kami telah memenangi drama tersebut. Semua kerja yang kami buat tidak tersia-sia. Pengalaman yang kami dapat adalah seperti emas dalam kehidupan kami.

ditulis pada 2:02 PM
0 orang memberi kritikan

- yours truly -

    Ini ialah blog untuk kumpulan k5harmoni!
    Ahli-ahli kumpulan ini ialah:
    Chan Yuen Yeng
    Chua Wei Fen
    Mok Lee Ling
    Toh Pei Wern

    Selamat berkunjung!

Mari bersembang!



remembered

Muzik Hebat