Thursday, October 18, 2007
"Agent J"
Jolin Tsai merupakan artis yang sangat popular di Taiwan dan seluruh Asia. Baru-baru ini, dia telah membuat sebuah wayang untuk album terbarunya, iaitu "Agent J". Dalam filem ini, Jolin telah pergi ke Paris, London, dan Bangkok untuk membuat filem ini. Filem ini dibahagikan kepada 3 bahagian.
Dalam bahagian pertama, Jolin telah diculik untuk menjadi eksperimen. Semua ingatannya telah hilang. Saintis yang membuat eksperimen tersebut telah memastikan bahawa Jolin tidak dapat mengingati masa silamnya. Dengan itu, mereka telah memaksanya menjadi "assassin" yang paling kejam. Wajahnya yang kelihatan seperti "angel" ini boleh menyamarkan identitinya. Sebelum Jolin diculik, dia sedang bercinta dengan seorang lelaki Korea, Kim Jae Woon. Selepas Kim mendapati bahawa Jolin telah hilang, dia telah menjadi "guard" kepada seorang lelaki yang terkenal. Apabila Jolin telah membunuh lelaki tersebut, Kim mendapati bahawa perempuan yang membunuhnya ialah kekasihnya. Dia juga mendapati bahawa Jolin tidak mengenalinya. Akhirnya, Jolin diarah untuk membunuh Kim. Jolin membunuh Kim dengan tidak perasaan simpati. Sebelum Kim dibunuh, dia telah merekodkan sepatah dua untuk Jolin. Selepas membunuh Kim, Jolin telah pergi ke rumah Kim. Di situ, dia telah mendapat klu-klu yang menunjukkan masa silamnya. Dia telah menangis apabila dia mendapati dia telah membunuh kekasihnya yang tidak diingati only dirinya sendiri.
Dalam bahagian kedua, Jolin dihantar ke London. Dia menjadi "spy" dalam penjara. Dia digunakan untuk membunuh seorang lelaki yang amat terkenal. Nama orang tersebut tidak diperkenalkan. Setelah Jolin lari keluar dari penjara, dia diburu oleh polis-polis London. Dia melarikan diri sehingga seorang lelaki telah membantunya melarikan diri. Selepas peristiwa tersebut, Jolin mula keluar dengan lelaki tersebut, iaitu Fong De Lun. Fong amat cinta akan Jolin tetapi dia juga merupakan "assassin". Dia telah dipaksa untuk membunuh Jolin oleh lelaki terkenal itu. Selepas beberapa hari, Fong telah mengesan bahawa Jolin akan bunuh lelaki terkenal itu. Jolin juga telah mengetahui Fong mesti membunuhnya. Dia pun meninggalkan Fong untuk menghabiskan pembunuhan tersebut. Pada malam tersebut, Jolin telah menjumpai Fong di sebuah tempat. Mereka mengacukan pistol-pistol mereka pada masing-masing. Fong telah "lower" pistolnya dan memberitahu Jolin untuk membunuhnya. Jolin teringat akan persitiwa-peristiwa yang dialami oleh mereka dan juga "lower" pistolnya. Pada masa itu, lelaki terkenal itu telah membunuh Fong di depan Jolin. Jolin pun membunuh lelaki terkenal itu. Dia menangis apabila melihat Fong terlantar di lantai...
Bahagian ketiga, saya belum habis menonton. Oleh itu, saya tidak dapat mencerita tentang bahagian ketiga. Filem ini amat menarik kerana melihat Jolin yang merupakan "Dancing Diva" berubah kepada "Agent J". Perubahan tersebut amat menarik. Saya berharap kamu juga suka akan filem ini selepas menontonnya. ^__^