Thursday, October 18, 2007
Billy Elliot
Watak bersamping dalam filem ini ialah kawan baik Billy, Michael.
Dia merupakan seorang budak yang amat berkeliru. Dalam filem ini, dia memain peranan sebagai seorang budak lelaki tetapi sifat-sifat perempuan amat terserlah dalam dirinya. Wajahnya yang kelihatan seperti wanita lebih menyerlah sifat-sifat perempuannya. Sebagai bukti, dia telah memakai baju perempuan dan juga menyolek.
Walau bagaimanapun, Michael telah banyak membantu Billy dalam kehidupan peritnya. Billy suka menari tarian balet tetapi amat dibantah oleh keluarganya. Dalam keadaan ini, Michael telah menyokong Billy dengan menemaninya menari tarian balet.
Peristiwa-peristiwa yang amat menyentuh hati saya ialah peristiwa bapa Billy menerima hakikat bahawa Billy amat pandai menari. Bapa Billy telah ternampak Billy sedang menari tarian balet dengan Michael. Dia amat marah. Billy terlihat wajah bapanya yang marah tetapi dia tetap menari di hadapan bapanya. Bapanya melihat Billy menari dengan wajah yang amat sukar untuk ditafsir. Akhirnya, dia telah berlari keluar tanpa berkata apa-apa. Billy berasa amat takut dan telah mengikut bapanya. Bapa telah berlari ke rumah guru yang mengajar Billy tarian balet untuk bertanya tentang harga untuk menghantarnya ke London School Of Ballet.
Ini bermakna bahawa bapa Billy telah menerima hakikat bahawa Billy amat pandai menari dan akhrinya menyokong Billy untuk pergi ke sekolah balet untuk belajar balet.