Saturday, February 23, 2008
Komsas konserto terakhir
Novel yang saya kaji ialah Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain . Dalam sesebuah cerita, konflik akan berlaku antara watak-watak. Terdapat 2 jenis konflik, iaitu secara dalaman dan secara luaran. Konflik amat penting dalam sesebuah novel kerana ini dapat menarik perhatian pembaca-pembaca. Konflik antara Datin Salmah dengan Hilmi adalah satu contohnya. Datin Salmah amat memandang rendah kepada orang yang tidak berstatus sepertinya. Dia merasakan kehadiran anak saudara suaminya itu dapat membawa banyak runsingan kepadanya. Selain itu, konflik juga akan membawa perkembangan dalam sesebuah novel. Sebagai contoh, Hayati telah menjatuh cinta kepada Hilmi walaupun dia sedang bercinta dengan Mohsin. Hayati sentiasa berasa amat perit apabila abang sepupunya itu dimarahi oleh Datin Salmah. Datin Salmah pula sentiasa membuat dakwaan melulu bahawa anak perempuannya telah dipukau oleh Hilmi. Di samping itu, konflik dalam sesebuah cerita boleh menunjukkan kerunsingan fikiran diri seseorang watak dalam cerita. Konflik ini juga dipanggil sebagai konflik diri. Dalam novel ini, konflik ini dapat dilihat dalam diri Hilmi. Hilmi telah membuat keputusan untuk meninggalkan rumah Datuk Johari dan balik ke Kedah kerana tidak tertahan lagi dengan layanan buruk Datin Salmah. Pada masa yang sama, Hilmi begitu merindui Hayati. Rasa kerinduannya terhadap Hayati semakin memuncak sehingga dia membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan teksi walaupun bas yang dinaikinya sudah sampai di Tanjung Malim. Selain itu, konflik diri dalam sesebuah novel boleh mendapat kasihan daripada pembaca. Konflik yang membelenggui jiwa Datuk Johari dapat mendapat kasihan pembaca oleh sebab keadaan yang dialaminya. Setelah mengetahui rahsia bahawa Hilmi merupakan darah dagingnya sendiri, Datuk Johari amat terkejut dan teringat kepada isteri pertama yang telah ditinggalkan olehnya selepas malam pengantin. Dia bersumpah bahawa dia akan menjaga dan menyayangi Hilmi apabila dia sembuh nanti. Kesimpulannya, konflik amat penting dalam sesebuah novel. 1. Berikan kepentingan plot konflik dalam sesuatu penulisan novel. (8 markah)