Saturday, February 23, 2008
komsas konserto terakhir
Dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain, saya amat mengagumi watak Hilmi. Hilmi seorang pemuda kampung yang miskin dan mendapat pendidkan setakat darjah empat sekolah melayu. Hilmi sebenarnya adalah anak Datuk johari tetapi mereka tidak mengetahuinya. Hilmi dipelihara oleh Pak Karim iaitu suami ibunya diceraikan oleh Datuk Johari. Hilmi seorang yang rajin bekerja. Semasa menjadi tukang kebun di rumah Datuk Johari, dia berkebun sayur, memelihara ayam dan menjaga pokok bunga dengan baik. Tanamannya subur dan ayamnya membiak. Selain itu, Hilmi rajin berusaha belajar muzik dengan Encik Bakar. Dia tidak putus asa walaupun menerima cabaran dan dugaan daripada mak ciknya, Datin Salmah. Hilmi juga seorang yang taat perintah Allah S.W.T. dan sentiasa menunaikan solat. Walaupun sibuk dengan kerjanya dan betapa lewat pun, amalan sembahyang yang kuat disemat dalam pendiriannya tidak pernah ditinggalkan. Hati Hilmi yang ikhlas itu menyababkan dia sentiasa disenangi oleh orang lain. Tauke stesen minyak Jalan Setapak tidak pernah meragui kejujurannya, malah Hilmi disayangi kerana keikhlasan hatinya. Hilmi dikagumi kerana akan sikapnya yang bermoral. Oleh itu, saya amat mengagumi watak Hilmi dalam novel ini.2. Huraikan perwatakan watak yang anda kagumi dan berikan sebabnya. (7 markah)