Saturday, February 23, 2008
Projek hamper 2008
Setiap tahun, sekolah kami akan mengadakan Projek Hamper. Tujuannya adalah untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan. Pada tahun ini, sekolah kami telah menganjurkan projek ini lebih awal, iaitu sebelum Tahun Baru Cina supaya mengelakkan menerima barangan yang "leftover". Beberapa hari sebelum perhimpunan untuk Projek Hamper, kami dikehendaki membalut hamper dalam kelas. Kelas kami, iaitu 5 Bunga Raya telah membalut sekurang-kurangnya 17 hamper. Pada hari Projek Hamper, semua hamper telah diletakkan di Terrace. Kelihatan banyak hamper disusun di situ. Banyak pihak rumah orang tua dan rumah anak yatim telah datang ke sekolah untuk menerima hamper-hamper ini. Sekumpulan kanak-kanak juga datang untuk memberi persembahan yang amat menarik. Selepas itu, beberapa orang pelajar telah menemani cikgu untuk mengedarkan hamper-hamper kepada orang yang memerlukannya. Projek Hamper ini amat berjaya kerana kasih sayang kami telah disampaikan kepada golongan yang kurang nasib.